Friday, October 9, 2009

Pedang Islam 'Ummu Umara Nusayba binti Ka'ab''

Assalamualaikum,

Sejak mula merancang membina blog ini, kisah yang terlalu sangat ingin ku muatkan ialah tentang Muslimah ini... Ummu Umara. Beliau merupakan lambang kelembutan seorang Muslimah, namun disebalik kelembutan itu, terwujud ketegasan dan keberanian yang membenamkan keegoaan seorang lelaki.

Sahabiah ini meletakkan satu tanda aras yang cukup tinggi terhadap seorang insan bernama Muslimah. Bukan mudah untuk mencari Muslimah sebegini pada zaman ini. Bukan mudah misalnya untuk bertemu dengan seorang Muslimah yang mahu bersuamikan seorang Mujahidin. Bukan mudah juga untuk bertemu dengan seorang Muslimah yang mempunyai keberanian sehingga mahu menceburkan diri dalam medan peperangan yang dipenuhi dengan darah dan peluru.

Inilah sebenarnya satu cabaran yang ana berikan kepada Muslimah zaman ini. Mereka harus meluru kehadapan untuk menggapai syurga nan abadi. Akan adakah Muslimah seperti Ummu 'Umara? Ana 'copy-paste' kan kisah Ummu 'Umara sebagai tatapan bersama. Kisah ini ana ambil daripada tulisan Hamzah Qassim.

Umm 'Umara ialah seorang Muslimah yang telah dirahmati dengan pelbagai kehormatan, antaranya adalah kehadiran beliau di beberapa medan peperangan seperti Uhud, al-Hudaibiyyah, Khaibar, Hunain dan Peperangan Yamama. Namun peranan beliau yang paling mulia adalah ketika Peperangan Uhud. Umm 'Umara telah menyertai peperangan tersebut bersama suaminya, Ghaziya, berserta dua orang anak lelaki beliau. Tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas beliau adalah untuk memberi air kepada para Mujahid yang cedera. Akan tetapi Allah swt telah menetapkan satu peranan yang lebih besar dan mulia untuk beliau.

Maka beliau pun mengatur langkah bersama-sama dengan keluarga beliau dengan sebuah bekas kulit buat mengisi air. Mereka tiba di medan perang pada awal pagi hari. Mujahid Islam, ketika itu, sedang menguasai peperangan dan beliau telah pergi melihat keadaan Rasulullah saw. Pada masa yang sama sebahagian Mujahid Islam telah membuat satu kesilapan yang teramat besar - melihatkan tentera Quraish berundur, mereka mula berkejaran mendapatkan harta-benda rampasan perang, melanggar arahan Rasulullah saw supaya tetap di posisi mereka di atas bukit. Khalid bin Walid, (yang ketika itu belum lagi memeluk Islam), apabila melihat benteng pertahanan yang telah terbuka itu lantas mengepalai serangan balas ke atas Mujahidin. Penguasaan peperangan beralih kepada pihak Quraish. Dalam suasana kelam-kabut itu, ramai daripada kalangan kaum Muslimin panik dan berundur, meninggalkan Rasulullah saw bersama-sama sekumpulan kecil para Sahabat.

Melihatkan ramai dari kalangan kaum Muslimin yang berundur, Umm 'Umara lantas berlari ke arah Rasulullah saw dan mengangkat senjata demi mempertahankan baginda, bersama-sama dengan suami dan kedua anak lelakinya. Rasulullah saw menyedari yang Umm 'Umara tidak mempunyai perisai lantas baginda mengarahkan salah seorang daripada mereka yang sedang berundur supaya memberikan perisainya kepada Umm 'Umara yang sedang bertarung. Setelah mendapat perisai tersebut, Umm 'Umara mempertahankan Rasulullah saw menggunakannya bersama-sama dengan busur, anak panah dan juga pedang. Umm 'Umara diserang oleh tentera berkuda tetapi beliau tidak sekalipun gentar atau berasa gerun. Beliau kemudiannya telah berkata, "Sekiranya mereka itu tidak berkuda seperti kami, nescaya telah kami hancurkan mereka, inshaallah."

Abdullah ibn Zayed, anak lelaki beliau, telah mengalami kecederaan ketika peperaang tersebut. Lukanya itu berdarah dengan banyak sekali. Ibunya berlari kepadanya dan membalut lukanya itu. Kemudian Umm 'Umara memerintahkan anak lelakinya itu, "Maralah dan perangi mereka, anakku!" Rasulullah saw mengagumi semangat pengorbanan beliau dan telah memuji beliau, "Siapakah yang boleh menanggung apa yang kamu mampu tanggung, Umm 'Umara!"

Tiba-tiba lelaki yang telah mencederakan anak lelakinya mara dan Rasulullah saw berkata kepada beliau bahawa inilah lelaki yang mencederakan anaknya. Umm 'Umara dengan berani mencabar lelaki tersebut, yang menurut anak Umm 'Umara sendiri, adalah seperti perdu pokok yang besar. Umm 'Umara mencederakan kaki musuhnya itu, menjatuhkannya sehingga berlutut. Rasulullah saw tersenyum sehingga menampakkan gigi baginda dan berkata, "Kamu telah membalasnya, Umm 'Umara!" Setelah lelaki tersebut ditewaskan, Rasulullah sawkemudiannya berkata "Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kamu kemenangan dan menggembirakan kamu atas musuh kamu dan membolehkan kamu menuntut bela."

Pada satu ketika, Rasulullah saw telah keseorangan. Melihat peluang keemasan itu, pihak musuh, Ibn Qumay'a segera menyerang Rasulullah saw sambil menjerit "Tunjukkan Muhammad padaku! Aku takkan selamat sekiranya dia selamat!". Lantas Mus'ab ibn 'Umayr, bersama-sama dengan beberapa orang sahabat yang lain, bergegas mempertahankan Rasulullah saw. Umm 'Umara yang turut bersama-sama dengan mereka terus menetak musuh Allah itu, walaupun dia memakai dua lapis baju besi. Ibn Qumay'a berjaya menetakkan bahagian leher Umm 'Umara, meninggalkan luka yang teruk. Rasulullah saw terus memanggil anak lelaki Umm 'Umara, mengarahkannya membalut luka ibunya sambil mendoakan kerahmatan dan kesejahteraan ke atas mereka dan menyatakan kemuliaan mereka. Umm 'Umara, bila menyedari yang Rasulullah saw menyukai kesungguhan dan keberanian beliau, lantas meminta Rasulullah saw supaya berdoa agar mereka dijadikan Allah di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah saw di syurga nanti. Selepas Rasulullah saw berdoa, Umm 'Umara lantas berkata, "Aku tidak pedulikan apa sahaja yang menimpaku di dunia ini!"

Pada hari tersebut, Umm 'Umara menerima tiga belas luka dan luka di lehernya terpaksa dirawat selama setahun. Beliau kemudiannya juga menyertai Peperangan Yamama, di mana beliau menerima sebelas luka dan kehilangan tangan.

Keberanian Umm 'Umara menyebabkan semua para Sahabat menghormati beliau, terutamanya para Khalifah yang akan menziarahi beliau dan sentiasa mengambil berat tentang keadaan beliau. Umar ibn Khattab RA telah menerima kain-kain sutera yang sangat bagus buatannya. Salah seorang yang berada di situ berkata bahawa kain tersebut sangat mahal dan Umar RA patut memberikannya kepada isteri Abdullah ibn Umar, Safiyya bint Abu 'Ubayd. Umar RA walaubagaimanapun tidak mahu memberikan kain yang sedemikian kepada menantunya. "Ini adalah sesuatu yang tidak akan kuberikan kepada ibn Umar. Aku akan berikannya kepada seseorang yang lebih berhak keatasnya - Umm 'Umara Nusayba bint Ka'b." Umar RA kemudian menceritakan bagaimana ketika Peperangan Uhud, beliau mendengar Rasulullah saw berkata bahawa apabila baginda saw melihat ke kiri mahupun ke kanan, baginda nampak Umm 'Umara sedang bertarung di hadapan baginda.

Inilah kehidupan Umm 'Umara, pejuang yang tetap berdiri apabila ramai yang berundur, yang mengarahkan anaknya yang cedera parah kembali menyertai peperangan yang sengit, dan yang bersedia menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Rasulullah saw. Sebagai balasan, beliau menerima doa agar dijadikan di kalangan sahabat Rasulullah saw di syurga.

Moga Allah SWT merahmati para Muslimah kita dengan keberanian, semangat pengorbanan dan istiqamah yang sedemikian.

Thursday, October 8, 2009

Pedang Islam 'Asy Syahid General Khattab'


Assalamualaikum,

Kisah kali ini ialah tentang Asy-Syahid General Khattab, seorang syuhada yang berjihad di Afghanistan, Tajikistan dan Chechnya (sekarang dikenali sebagai Kaukasus). Khattab atau nama sebenarnya Samir Saleh Abdullah Al-Suwailim merupakan mantan (bekas) ketua Mujahidin Antarabangsa di Kaukasus. Beliau yang berasal daripada Semenanjung Arab lahir pada tahun 1970.

Khattab hidup 'bersama' ana ketika ana masih lagi remaja. Walaupun tak pernah bertemu dengannya mahupun berjihad bersamanya, nama Asy-Syahid General Khattab sememangnya menjadi bualan pemuda-pemuda yang cintakan jihad pada detik itu. Video beliau yang diringi nasyid-nasyid bersemangat berbahasa arab sehingga kini masih terngiang-ngiang. Kemahsyuran yang dimiliki Asy-Syahid Khattab (walaupun itu tak pernah sama sekali diinginkannya) benar-benar menjadi perangsang dan penaik semangat bagi para mujahidin.

Detik kesyahidannya juga menjadi saat paling menyedihkan bagi ana. Teringat waktu itu bagaimana air mata ini mengalir deras membasahi pipi. Terasa benar kasih sayang yang terwujud atas landasan Allah. Walaupun tak pernah bersua atau berkomunikasi, jalihan mahabbah ini tetap terwujud.

Apapun, syahidnya Khattab bukan satu titik akhir. Sejarah beliau yang bersifat lagenda akan tetap menghiasi jendela heroisme ummah ini. Ya Allah, teguhkan aku sepertimana dirinya, kuatkan aku sepertimana dia. Dan syahidkan aku supaya aku dapat menjadi temannya di syurga...

Sekarang, ana 'copy-paste' kan sebuah artikel daripada halaqah.net tentang Asy-Syahid General Khattab. Semoga artkel ini menjadi lentera yang bermanfaat kepada ummah untuk memperlihatkan keteguhan seorang pemuda dalam menegakkan agama Allah:

Khattab dibesarkan di dalam keluarga yang agak berada dan terpelajar. Beliau membesar menjadi seorang anak muda yang berani dan kuat, yang terkenal sebagai seorang yang nekad dan tidak mengenal erti takut. Selepas menguasai bahasa Inggeris, beliau mendapat tempat di sebuah Sekolah Tinggi (High School) Amerika pada tahun 1987. 1987 merupakan kemuncak Jihad Afghan menentang penjajahan tentera Soviet Union (ketika itu) di bumi Afghan. Anak-anak muda dari seluruh bumi umat Islam serata dunia bergegas ke Afghanistan menyahut seruan Jihad para Mujahid terkenal seperti Sheikh Abdullah Azzam (syahid dibom pada 1989), Sheikh Tamim Adnani (meninggal dunia pada 1988) dan Usamah bin Ladin.

Kisah-kisah perjuangan penuh dengan keajaiban atas kuasa Allah SWT dan kisah-kisah keberanian menentang 'Superpower' dunia ketika itu mula mencecah telinga umat Islam sedunia. Ketika hampir tiba masanya untuk beliau berangkat ke dunia baru melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat, Khattab memutuskan untuk mengikut para sahabat dan kaum-keluarga beliau ke Afghanistan untuk satu lawatan pendek. Sejak dari hari beliau melambai selamat tinggal pada kedua ibubapa dan keluarga beliau pada akhir 1987 tersebut, Khattab tidak pernah kembali.

Salah seorang daripada para Mujahideen menggambarkan tentang Khattab, anak muda belasan tahun, yang tiba di kem latihan pertamanya di Jalalabad, Afghanistan: “Kem latihan berhampiran Jalalabad penuh dengan para Mujahidin yang datang dan pergi pada hampir setiap hari. Kami sedang bersiap-sedia untuk satu operasi besar-besaran menentang pihak Rusia dan para Mujahid yang telah menamatkan latihan mereka berkemas untuk meninggalkan kem latihan menuju ke barisan hadapan. Sedang kami bersiap-sedia untuk berangkat, sekumpulan rekrut baru tiba. Pada ketika itulah aku perasan akan seorang anak muda belasan tahun di kalangan para rekrut baru tersebut: 16-17 tahun, berambut panjang (sesuai dengan sunnah Nabi saw) dan berjambang yang belum tumbuh sepenuhnya lagi. Beliau terus berjumpa dengan para komander kem latihan tersebut dan merayu agar mereka membenarkan beliau ikut serta ke barisan hadapan. Para komander tersebut tentu sekali enggan menghantar seorang 'budak' yang tidak terlatih ke barisan hadapan tanpa apa-apa latihan. Aku lantas mendapatkan beliau, memberi salam dan bertanyakan nama beliau. Beliau menjawab, "Khattab".

Khattab menyempurnakan latihan beliau dan turut serta di barisan hadapan. Salah seorang daripada jurulatih beliau adalah Hassan as-Sarehi, Komander 'Operasi Kandang Singa' di Jaji, Afghanistan, 1987. [Hassan as-Sarehi kini dipenjarakan secara zalim di Kem Tahanan ar-Ruwais, Jeddah, Saudi Arabia, sejak 1996].

Dalam tempoh enam tahun berikutnya, anak muda ini telah menjadi salah seorang daripada Komander Mujahidin yang paling berani dan payah untuk ditewaskan sepanjang sejarah Jihad di abad ke-20 ini. Beliau dikenali sebagai seorang yang enggan tunduk merebahkan diri ketika berhadapan dengan tembakan musuh dan keengganan beliau menunjukkan kesakitan selepas mengalami kecederaan.

Dari serang hendap ke operasi ke serangan ke markas musuh, beliau telah berperang dengan Tentera Biasa dan Komando Soviet. Beliau turut serta di dalam semua operasi utama Jihad Afghan di antara tahun 1988 hingga 1993, termasuk penaklukan Jalalabad, Khost dan Kabul. Beliau terselamat dari maut beberapa kali, kerana masa beliau belum lagi tiba. Seorang Mujahidin menceritakan bagaimana Khattab pada satu ketika ditembak di bahagian perut dengan sebutir peluru Mesingan Berat 12.7mm di Afghanistan. (Peluru 12.7mm digunakan untuk menebuk kereta perisai dan menembusi posisi pertahanan yang kuat: peluru ini menjadikan daging manusia seperti daging cincang, fakta yang diketahui oleh mana-mana pakar ketenteraan.): “Ketika salah satu operasi, kami sedang duduk di dalam sebuah bilik sebuah rumah di Barisan Kedua. Hari sudah lewat dan pertempuran di Barisan Hadapan sangat hebat. Tidak beberapa lama kemudian, Khattab memasuki bilik tersebut; wajah beliau kelihatan pucat, selain daripada itu beliau berkelakuan seperti biasa. Beliau masuk ke dalam bilik, berjalan perlahan-lahan ke satu arah bilik tersebut dan duduk bersebelahan dengan kami.

Khattab kelihatan luarbiasa diamnya, maka kami merasakan tentu ada sesuatu yang tidak kena, walaupun beliau tidak sedikitpun mengerutkan muka walaupun sekali mahupun menunjukkan apa-apa tanda kesakitan. Kami bertanyakan beliau samada beliau mendapat kecederaan; beliau menjawab bahawa ketika di Barisan Hadapan, beliau mendapat luka ringan, tiada apa-apa yang serius. Salah seorang dari kami kemudiannya pergi kepada beliau untuk melihat luka tersebut. Khattab enggan membenarkannya dan terus mengatakan bahawa luka tersebut tidak serius. Mujahid tersebut terus memaksa Khattab untuk membenarkannya melihat dan kemudiannya beliau meletakkan tangannya ke bahagian perut Khattab. Pakaian Khattab basah dengan darah dan beliau mengalami pendarahan yang teruk.

Kami kemudiannya terus memanggil sebuah kenderaan dan menghantar beliau ke hospital yang paling hampir; di sepanjang perjalanan beliau terus mengatakan bahawa kecederaan beliau itu ringan dan tidak serius.”

Ketika Tentera Soviet berundur dari Afghanistan dan pihak Komunis telah dikalahkan oleh Mujahidin, Khattab dan sekumpulan kecil para Mujahidin mendapat tahu tentang peperangan menentang musuh yang sama, tetapi kali ini di Tajikistan. Beliau kemudiannya terus berkemas dan mara ke Tajikistan pada tahun 1993 bersama-sama dengan sekumpulan kecil para Mujahidin.

Dua tahun mereka di sana berperang dengan tentera Rusia di pergunungan yang bersalji tanpa senjata dan bekalan peluru yang secukupnya. Ketika di Tajikistan Khattab kehilangan dua jari tangan kanannya ketika cuba membaling sebutir bom tangan buatan sendiri. Bom tangan tersebut meletup di tangan beliau dan dua daripada jari beliau cedera parah. Para Mujahid yang bersama-sama dengan beliau cuba menyuruh beliau pergi ke Peshawar untuk mendapatkan rawatan perubatan, tetapi Khattab enggan.

Sebaliknya beliau meletakkan sedikit madu pada luka tersebut dan membalutnya sambil menegaskan bahawa tidak perlulah beliau ke Peshawar. Jari-jari beliau kekal dalam balutan sedemikian sejak dari hari tersebut. Selepas 2 tahun di Tajikistan, Khattab kembali bersama-sama dengan para Mujahideen yang bersama-sama dengan beliau ke Afghanistan, pada awal 1995.

Pada ketika inilah peperangan di Chechnya meletus dan setiap orang keliru dengan pegangan agama bangsa Chechen dan kepentingan sudut keagamaan perang tersebut. Khattab menggambarkan perasaan beliau apabila beliau melihat berita mengenai Chechnya di televisyen satelit pada suatu petang di Afghanistan: “Apabila aku melihat kumpulan-kumpulan orang Chechen memakai kain lilit kepala dengan 'Laa ilaha illallah...' tertulis di atasnya dan melaungkan takbir, aku memutuskan yang Jihad sedang berlangsung di bumi Chechnya dan aku mesti ke sana.”

Dari Afghanistan, Khattab berangkat bersama-sama dengan sekumpulan lapan orang Mujahid, terus ke Chechnya, tiba di sana pada musim bunga 1995. Empat tahun berikutnya menjadikan perjuangan Khattab di Afghanistan dan Tajikistan kelihatan seperti permainan anak-anak tadika.

Menurut statistik rasmi Rusia, lebih ramai tentera Rusia terbunuh selama tiga tahun peperangan Chechnya daripada jumlah mereka yang terbunuh selama 10 tahun penjajahan Soviet di Afghanistan. Khattab telah disertai pula oleh beberapa orang daripada para Mujahidin Afghan yang bersama-sama dengannya sebelum ini dan mereka mula melatih penduduk tempatan Chechen dalam ilmu peperangan dan juga ilmu Islam. Mereka melancarkan beberapa operasi nekad ke atas Rusia di bumi Chechnya (Khartashoi, 1995; Shatoi, 1996; Yashmardy, 1996) dan di Rusia sendiri (Dagestan 1997).

Salah satu daripada operasi beliau yang paling nekad adalah serang hendap di Shatoi pada 16 April 1996, di mana beliau memimpin sekumpulan 50 orang Mujahideen menghancurkan sebuah konvoi 50 kenderaan tentera Rusia yang sedang dalam perjalanan meninggalkan Chechnya setelah menghancurkan satu perkampungan umat Islam. Sumber rasmi Tentera Rusia menyatakan bahawa 223 orang tentera Rusia terbunuh (termasuk 26 orang pegawai atasan) dan setiap kenderaan musnah sama sekali.

Operasi ini membawa kepada pemecatan dua atau tiga orang General tertinggi tentera Rusia di Moskow dan Boris Yeltsin mengumumkan berita tentang operasi tersebut di Parlimen Rusia. Lima orang Mujahid gugur shahid di dalam operasi tersebut. Keseluruhan operasi tersebut berjaya difilemkan (ketika pertempuran sebenar).

Beberapa bulan selepas itu, para Mujahidin di bawah pimpinan beliau melancarkan satu serangan ke atas berek tentera Rusia, memusnahkan helikopter bersenjata Rusia dengan peluru berpandu anti-kereta-kebal AT-3 Sagger panduan wayar. Sekali lagi, keseluruhan operasi ini, termasuklah kemusnahan helikopter-helikopter tersebut berjaya difilemkan.

Sekumpulan dari pejuang-pejuang dari bawah pimpinan beliau juga mengambil bahagian dalam serangan ke atas Grozny pada Ogos 1996, diketuai oleh Shamil Basayev (Ketua Mujahidin Chechnya ketika itu). Beliau juga memimpin sekumpulan 100 orang Chechen dan Mujahideen Antarabangsa pada 22 Disember 1997 memasuki 100km ke dalam kawasan Rusia dan menyerang ibupejabat Briged Rifel Bermotor 136, Tentera Rusia. 300 kenderaan Tentera Rusia dimusnahkan dan ramai askar-askar Rusia terbunuh [Operasi Dagestan]. 2 orang Mujahideen gugur shahid (insha-Allah) dalam operasi ini, termasuklah salah seorang Komander tertinggi Khattab, Komander Abu Bakr Aqeedah.

Selepas Tentera Rusia berundur dari Chechnya pada musim luruh 1996, Khattab telah diberi penghargaan sebagai wira Chechnya. Beliau telah dianugerahkan dengan pingat keberanian dan ketabahan oleh Kerajaan Chechnya dan diberi pangkat rasmi sebagai General, di dalam sebuah majlis yang turut dihadiri oleh Shamil Basayev dan Salman Raduyev, dua komander paling penting dalam peperangan Chechnya. Sebelum Jeneral Jawhar Dudayev meninggal dunia, beliau juga sangat menghormati Khattab.

Ini adalah penghormatan yang diterima atas tindakan, bukan perkataan semata-mata. Khattab percaya akan Jihad melalui media di samping jihad qital. Beliau pernah dilaporkan berkata, "Allah SWT memerintahkan kita memerangi orang kafir sebagaimana mereka memerangi kita. Mereka memerangi kita dengan media dan propaganda, maka kita juga patut memerangi mereka dengan media kita.” Atas sebab ini, beliau berkeras agar setiap operasi beliau difilemkan [bukan lakonan tetapi difilemkan ketika operasi berlangsung].

Dikatakan bahawa beliau mempunyai sebuah koleksi ratusan kaset video dari Afghanistan, Tajikistan dan Chechnya. Belia percaya bahawa perkataan semata-mata tidak mencukupi untuk menjawab tuduhan palsu media-media musuh. Beliau juga telah mengambil banyak keratan video kemusnahan Tentera Rusia dalam operasi Dagestan baru-baru ini, Ogos 1999, yang menunjukkan lebih 400 Tentera Rusia terbunuh, 10 kali ganda angka 'rasmi' Rusia, 40 orang askar terbunuh.

Khattab telah dikatakan oleh ramai umat Islam sebagai 'Khalid bin Waleed zaman ini'. Beliau benar-benar mengimani bahawa kematian beliau hanya akan tiba pada masa yang telah ditulis dan ditetapkan oleh Allah SWT, tidak sedetik sebelum atau sedetik selepasnya. Beliau telah banyak kali melepaskan diri dari kematian dan cubaan membunuh beliau - cubaan yang paling hampir adalah ketika beliau sedang memandu trak empat tan Rusia, yang telah dibom oleh tentera Rusia. Trak tersebut telah meledak hingga berkecai tetapi Khattab selamat tanpa apa-apa kecederaan. Beliau bijak, berani dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.

Beliau sangat disukai oleh para Mujahid pimpinan beliau, tetapi dikenali sebagai seorang yang tidak boleh dibuat main-main. Beliau selalu mengambil berat tentang tenteranya, menyelesaikan apa-apa masalah peribadi dan memberikan mereka wang dari sakunya sendiri agar mereka boleh berbelanja. Beliau mempunyai satu kumpulan komander yang sangat terlatih dan berpengalaman, setiap seorang mampu mengambil-alih peranan beliau sekiranya beliau gugur.

Di dalam satu nasihat kepada umat Islam di serata dunia, beliau pernah berkata:

“Perkara utama yang menghalang kita semua daripada berjihad adalah keluarga kita. Semua kami yang datang ke sini, datang tanpa kebenaran keluarga kami. Sekiranya kami telah mengikut kehendak mereka dan pulang ke rumah masing-masing, siapakah yang akan meneruskan kerja yang kami sedang lakukan ini? Setiap kali aku menelefon ibuku, malah sekarangpun, beliau akan memintaku pulang ke rumah, walaupun aku sudah 12 tahun tidak bertemu dengannya. Sekiranya aku pulang, siapakah yang akan meneruskan kerja ini?”

Cita-cita Khattab adalah untuk terus berjuang menentang Rusia sehingga mereka meninggalkan setiap bumi umat Islam, dari Kaukasus sehinggalah ke Republik Asia Tengah. Beliau pernah berkata:

"Kita kenal Rusia dan kita tahu taktik mereka. Kita tahu kelemahan mereka; kerana itulah lebih mudah untuk kita menentang mereka berbanding tentera-tentera lain.”

Propaganda palsu pihak media menuduh Khattab melaksanakan tindakan 'teroris' di serata dunia. Sesiapa yang telah membaca artikel ini tentu sedar bahawa sikap Khattab adalah bersemuka dengan musuh secara berhadapan. Dan sekiranya memerangi tentera dan askar yang memusnahkan kaum muslimin, menjadikan wanita-wanita mulimah sebagai janda dan menjadikan anak-anak menjadi yatim itu bermakna 'terrorism', maka biarlah sejarah menjadi saksi bahawa Khattab memang 'teroris'.

Demikianlah biografi tentang General Khattab. Insan mujahid ini syahid pada 19 Mac 2002. Dia terbunuh akibat sekeping surat yang dikirimkan kepadanya. Surat itu telah sengaja dibubuh dengan racun oleh Ejen Persekutuan Rusia.

Asy-Syahid Khattab telah kembali kepada Allah. Namun, legasi nya tetap akan berlanjutan. Seruan dan semangatnya akan tetap utuh dalam sanubari setiap pecinta jihad Fisabilillah. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

Ya Allah..ku ingin mempunyai semangat kental seperti dia...



Wednesday, October 7, 2009

Pedang Islam "Masyitah"


Assalamualaikum,

Masyitah bukan nama asing bagi setiap daripada kita. Sejak kecil, biasanya kisah Masyitah telahpun hadir dalam diari harian kehidupan kita, mungkin kerana ajaibnya kisahnya terutama lantaran bayinya yang boleh berkata-kata.

Masyitah merupakan seorang pelayan di istana Firaun. Sepertimana Asiah, Masyitah turut menyembunyikan pegangan agamanya yang menyembah Allah yang Maha Esa.

Namun, tak semua rahsia akan kekal sebagai rahsia. Ketika Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada anak kepada Firaun, sikat itu terjatuh dan spontan, lidah mulianya menyebut kalimah 'Allah'.

Itu menyebabkan anak kepada Firaun itu menjadi hairan dan mendesak Masyitah memberitahunya tentang apa yang dia sebutkan sebagai 'Allah' itu, namun Masyitah tetap cuba merahsiakannya. Anak kepada Firaun tetap tidak berpuas hati. Didesaknya lagi Masyitah sehingga Masyitah akhirnya mengakui bahawa Allah adalah Rabb-Nya (tuhan-Nya). Anak kepada Firaun tidak menunggu lama. Dia terus menyampaikan hal itu kepada ayahnya Firaun.

Lantas, keluarga Masyitah yang terdiri daripada suami, anak-anaknya dan diri Masyitah sendiri dipanggil menghadap Firaun. Keseluruhan keluarganya telah pun memeluk Islam rupanya. Ini menyebabkan kemarahan Firaun semakin tak tertala lagi.

Lalu, Firaun memerintahkan Hamman untuk menyiksa Masyitah seisi keluarganya. Kawah besar berisi air yang panas mendidih pun disediakan. Hamman mendesak Masyitah dan suaminya kembali kepada penyembahan terhadap Firaun, namun iman mereka tidak mudah dijual beli.

Akhirnya satu demi satu jasad-jasad mulia itu dicampakkan ke dalam kawah mendidih. Namun, iman Masyitah tetap unggul, tetap kukuh.

Yang tinggal kini hanyalah dia dan bayinya yang masih kecil. Lumrah si ibu, hatinya tetap akan terusik, melihat bayi yang dikandungnya bakal terbunuh di tangan si kuffar.

Namun, haruman syuhada telahpun membelai jiwanya. Keteguhan jiwanya tetap utuh menunjang kekuatannya. Sembari, Allah yang Maha Kuasa tak pernah sedetik pun meninggalkan hamba-hamba-Nya. Lalu, dengan izin-Nya, berkata-katalah bayi kecil itu sebagai karomah dari Tuhan-Nya.

"Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurga sedang menanti kita".

Terketuk jiwa si ibu mendengar 'nasihat peneguh jiwa' yang keluar dari bibir comel bayinya itu. Langkah Masyitah diatur kemas, Dia pun meneguhkan imannya untuk terkorban di dunia demi mengecap impian Firdausi. Lantas kawah mendidih menjadi tempat nafasnya berakhir. Jasadnya dan jasadnya ahli keluarga 'direbus' hidup-hidup, namun rohnya telahpun bermastautin di sekitar Arasy Allah sebagaimana rohnya para syuhada lainnya.

Itulah kisah sebilah pedang daripada pedang-pedang Islam. Mereka menebus syurga dengan dunia mereka. Dan bagaimana pula dengan kita?

Kisah ini ana coretkan dengan linangan air mata. Masyitah seorang Mukminah, bukannya Mukminin. Namun, pengorbanannya terlalu besar sehinggakan bukan semua Mukminin dapat melakukan yang serupa seperti dengannya. Ini yang membuatkan ana mengalirkan air mata, menyesali kelemahan diri yang terasa kerdil, begitu kerdil dihadapan 'muslimah besi' seperti Masyitah ini.

Dan, mampukah diri ini untuk menjejak muslimah sebagaimana Masyitah?

Ana selalu tertanya-tanya, akan adakah lagi wanita seperti Masyitah...
Seorang Muslimah yang mengimpikan syahid...
Seorang Muslimah yang tidak kesal jika suaminya tertahan di balik jeriji besi lantaran memperjuangkan Islam...
Seorang Muslimah yang tidak pernah gentar ditinggalkan suaminya yang pergi menyambut panggilan Jihad...
Seorang Muslimah yang tidak akan pernah 'kelelahan' bila berjauhan dari bonda dan ayahandanya yang tercinta demi berada dekat dengan perjuangan suaminya...
Seorang Muslimah yang hatinya dipenuhi jiwa perjuangan yang menggunung...
yang melangit...
hingga kuffar pun gentar, walaupun jasad itu hanyalah milik seseorang yang bernama Muslimah...
Seorang Muslimah yang hatinya, selalu berfikir tentang ummah dan upaya untuk meletakkan Islam kembali kepada singgahsananya semula...
Akan adakah lagi muslimah seperti Masyitah...
Bungkam. Monolog. Bungkam.


Pedang Islam 'Asy Syahid Dr. Abdullah Azzam'


Assalamualaikum,

Ana mengenali tokoh ini dan kagum padanya. Ana kagum padanya bukan kerana dia, namun kerana Allah. Ana kagum padanya kerana ana menyintainya dengan cinta yang sepenuh hati, dengan cinta yang hujungnya ialah kecintaan kepada Allah.

Ana ingin mengikut jejak langkahnya. Ana ingin meneruskan perjuangannya. Ana ingin menjadi seperti dia, sebilah pedang yang terhunus dalam membela Allah dan Rasul-Nya.

Ana bukanlah yang terbaik untuk menceritakan tentang dia. Lalu ana petik sebuah artikel di alam maya untuk tatapan bersama.

Sebelum bercakap tentang dia, mari kita ikuti terlebih dahulu petikan beberapa tokoh tentang dia:

“Sheikh Abdullah Azzam bukanlah orang biasa. Dia mewakili satu bangsa, satu Ummat. Tubuh Ummat ada di dalam dirinya. Setelah kematiannya, para muslimah sejauh ini gagal melahirkan seorang laki-laki yang mampu menggantikan Beliau”.
[Syaikh Usamah bin Ladin, wawancara dengan TV Al-Jazeera, 1999]

"Dialah yang bertanggung jawab membangkitkan kembali Jihad di abad 20 ini”.

[Majalah Time]

“Dia tidak hanya mewakili dirinya sendiri, melainkan seluruh Ummah. Ucapannya tidaklah seperti ucapan orang biasa. Sedikit bicaranya, namun kandungannya sangat dalam. Jika engkau menatap matanya, hatimu akan terpenuhi dengan iman dan cinta kepada Allah SWT”.

[Ulama Mujahid asal Mekkah]

”Tidak satupun Tanah Jihad di seluruh dunia, tidak seorang pun Mujahid yang berjuang di Jalan Allah, yang tidak terinspirasi oleh hidup, ajaran dan karya Sheikh Abdullah Azzam”.

[Azzam Publications]

Sekarang kita hayati pula biografinya (sedikit panjang namun bermanfaat):

Pada dekade 1980-an, Asy-Syahid Sheikh Abdullah Azzam mencetuskan satu kalimah yang maknanya bergaung di seluruh medan pertempuran Chechnya saat ini. Sheikh Abdullah Azzam Rahmatullah ‘Alaihi menggambarkan bahwa Para Mujahid yang gugur dalam pertempuran bergabung bersama “Kafilah Para Syuhada”


Abdullah Yusuf Azzam lahir pada tahun 1941 di Desa Asba’ah Al-Hartiyeh, Daerah Jiniin, Tanah Suci Palestin yang diduduki Israel. Beliau dibesarkan di sebuah rumah yang sederhana dimana beliau dididik dengan Islam, ditanamkan kecintaan terhadap Allah dan Rasul-Nya saw, terhadap Mujahid yang berjuang di Jalan-Nya dan terhadap orang-orang yang soleh yang mencintai kehidupan akhirat.

Semasa masih kanak-kanak, Abdullah Azzam sangat menonjol di antara anak-anak lainnya. Beliau sudah mulai menyiarkan dakwah Islam semenjak masih sangat muda. Teman-teman sepergaulan mengenal Beliau sebagai seorang anak yang soleh.

Beliau telah menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa sejak muda dan guru-guru beliau telah mengenali tanda-tanda ini sejak beliau masih di sekolah lagi. Sheikh Abdullah Azzam dikenal karena ketekunan dan kesungguhannya bahkan sejak masih kecil, beliau memperoleh pendidikan rendah dan menengah di desanya dan kemudian melanjutkan pendidikan di Sekolah Tinggi Pertanian Khadorri hingga tamat.

Meskipun Beliau yang termuda di antara teman-temannya, namun beliau adalah yang terpandai dan terpintar. Setelah menamatkan pendidikannya di Khadorri Beliau bekerja sebagai guru di Desa Adder, Selatan Jordan. Kemudian Beliau menuntut ilmu di Fakulti Syariah, Universiti Damaskus Syria hingga memperoleh ijazah di bidang Syariah pada tahun 1966.

Ketika tentara Yahudi menawan Tebing Barat pada tahun 1967, Sheikh Abdullah Azzam memutuskan untuk pindah ke Jordan, karena Beliau tidak ingin hidup di Palestin yang berada di bawah penjajahan Yahudi. Melihat bagaimana tank-tank Israel maju memasuki Tebing Barat tanpa mendapatkan perlawanan yang berarti, menimbulkan perasaan bersalah dalam diri beliau, sehingga membuat Beliau semakin mantap hatinya untuk hijrah dengan maksud agar dapat mempelajari ilmu peperangan.

Pada akhir dekad 1960-an, dari Jordan, beliau bergabung dalam Jihad menentang pendudukan Israel keatas Palestin. Tidak lama kemudian, beliau pergi belajar ke Mesir dan memperoleh Master dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Kairo.

Pada tahun 1970, setelah Jihad terhenti karena kekuatan PLO diusir keluar dari Jordan, Beliau menjadi Pensyarah di Universiti Jordan di Amman. Setahun kemudian, tahun 1971, Beliau memperoleh biasiswa dari Universiti Al-Azhar dimana Beliau melanjutkan pendidikan dan memperoleh Ph.D dalam bidang Ushul-Fiqh pada tahun 1973. Selama di Mesir inilah Beliau mengenal keluarga As-Syahid Sayyid Qutb (1906-1966).

Sheikh Abdullah Azzam cukup lama turut serta dalam Jihad Palestin. Namun ada hal yang tidak disukainya, iaitu orang-orang yang terlibat di dalamnya sangat jauh dari Islam. Beliau menggambarkan bagaimana orang-orang ini berjaga-jaga sepanjang malam sambil bermain kad dan mendengarkan muzik, dan menganggap bahwa mereka sedang menunaikan Jihad untuk membebaskan Palestina. Sheikh Abdullah Azzam menyebutkan juga bahawa meskipun ada ribuan orang di basis-basis pemukiman, tetapi jumlah orang yang hadir untuk solat berjamaah boleh dihitung dengan satu tangan saja. Beliau berusaha mendorong mereka untuk menerapkan Islam sepenuhnya, namun mereka bertahan untuk menolak. Suatu hari Beliau bertanya kepada seorang “Mujahid” secara retoris, agama apa yang ada di belakang revolusi Palestina, “Mujahid” itu menjawab dengan jelas dan terang, “Revolusi ini tidak memiliki dasar agama apapun". (Ini kerana pada waktu itu, penentangan terhadap Yahudi hanya dipelopori oleh semangat nasionalisma yang diterapkan oleh PLO)

Habislah sudah kesabaran Abdullah Azzam. Beliau kemudian meninggalkan Palestin, pindah ke Arab Saudi dan mengajar di berbagai universiti di sana. Saat Sheikh Abdullah Azzam menyedari bahwa hanya dengan kekuatan yang terorganisasi sahajalah ummah ini boleh menggapai kemenangan, maka, sejak itu Jihad dan senjatalah yang menjadi kesibukan Abdullah Azzam dan menjadi pengisi waktu luangnya.

“Jihad hanya dengan senjata. TIDAK dengan Negosiasi, TIDAK dengan Perundingan Damai, TIDAK dengan Dialog”, kalimah tersebut menjadi semboyan Beliau.

Beliau praktekkan apa yang selalu Beliau kumandangkan, sehingga membuat Beliau menjadi salah satu di antara orang Arab pertama yang bergabung dalam Jihad di Afghanistan melawan Soviet Union.

Pada tahun 1980, ketika masih di Arab Saudi, Abdullah Azzam memperoleh kesempatan berjumpa dengan satu delegasi Mujahidin Afghanistan yang datang untuk menunaikan ibadah Haji.

Segera Beliau tertarik dengan kelompok ini dan ingin mengetahui lebih banyak lagi mengenai Jihad Afghanistan. Ketika dihabarkan kepadanya, Beliau merasa inilah yang sejak sekian lama dicari-cari oleh beliau.Beliau pun segera melepaskan jawatannya sebagai pensyarah di Universiti King Abdul Aziz dan berangkat menuju Islamabad Pakistan supaya dapat ikut serta dalam Jihad.

Beliau pindah ke Pakistan agar dapat lebih dekat dengan Jihad Afghanistan, dan di sanalah Beliau mengenal pemimpin-pemimpin Mujahidin. Saat-saat pertama berada di Pakistan, Beliau ditunjuk untuk memberikan kuliah di International Islamic University di Islamabad. Namun tidak lama hal ini berlangsung, karena Beliau memutuskan untuk meninggalkan universiti agar boleh mencurahkan seluruh waktu dan tenaganya untuk Jihad Afghanistan. Pada permulaan dekad 1980-an, Sheikh Abdullah Azzam langsung turun ke medan Jihad Afghanistan.

Di waktu inilah Beliau merasa bebas memenuhi kerinduan dan cinta yang tak terlukiskan untuk berjuang di Jalan Allah, persis seperti suatu kali Rasulullah SAW bersabda: “Berdiri satu jam dalam pertempuran di Jalan Allah lebih baik daripada berdiri menunaikan solat selama enam puluh tahun” (Hadis Sahih).

Terinspirasi oleh Hadis ini, Sheikh Abdullah Azzam beserta keluarganya memutuskan untuk pindah ke Pakistan agar lebih dekat dengan medan Jihad. Tidak lama setelah itu Beliau pindah lagi dari Islamabad ke Peshawar supaya boleh lebih dekat lagi dengan medan Jihad dan Syahid.

Di Peshawar, bersama dengan Usamah bin Ladin yang juga teman dekatnya, Sheikh Abdullah Azzam mendirikan Baitul-Anshar (Mujahideen Services Bureau atau Pejabat Pengurusan Mujahidin) dengan tujuan untuk menawarkan semua bantuan yang memungkinkan bagi Jihad Afghanistan dan Para Mujahidin dengan cara mnguruskan pelbagai projek yang menunjang Jihad. Pejabat ini juga menerima dan melatih para sukarelawan (Mujahidin Antarabangsa) yang berbondong-bondong datang ke Pakistan untuk ikut serta dalam Jihad dan mengatur penempatan mereka di garis depan.

Namun, semua hal ini masih belum cukup untuk memuaskan hati Sheikh Abdullah Azzam dalam jihad. Keinginan inilah yang akhirnya membawanya pergi ke garis depan medan pertempuran. Di medan pertempuran, Sheikh Abdullah Azzam menunjukkan semangat kepahlawanan yang cukup tinggi.

Di Afghanistan beliau jarang menetap lama di suatu tempat. Beliau selalu berkeliling ke seluruh pelosok negeri mengunjungi hampir seluruh daerah dan wilayah seperti Logar, Kandahar, Pegunungan Hindukush, Lembah Panshir, Kabul dan Jalalabad. Dalam kunjungan ini, Sheikh Abdullah Azzam menyaksikan secara langsung kepahlawanan kaum Muslimin yang telah mengorbankan segala apa yang dimiliki termasuk jiwa mereka demi mengagungkan Dien Islam. Di Peshawar, setelah kembali dari safarnya mengelilingi Afghanistan, Sheikh Azzam selalu berbicara tentang Jihad secara berterusan. Beliau selalu berdoa agar Para Komandan Mujahidin yang terpecah belah dapat bersatu padu. Beliau selalu mengundang orang-orang yang belum bergabung dalam pertempuran untuk memanggul senjata dan maju ke garis depan sebelum terlambat.

Abdullah Azzam sangat dipengaruhi oleh Jihad Afghanistan dan Beliaupun sangat besar pengaruhnya pada Jihad ini sejak beliau mengabdikan diri sepenuhnya dalam perjuangan ini. Beliau menjadi salah satu tokoh yang paling menonjol dan berpengaruh bersama dengan pemimpin-pemimpin bangsa Afghanistan lainnya. Beliau tidak pernah berhenti mempromosikan perjuangan di Afghanistan ke seluruh dunia, khususnya ke kalangan Ummat Islam. Beliau berkeliling dunia, menyampaikan seruan kepada Kaum Muslimin untuk beraksi mempertahankan agama dan wilayah kaum Muslimin. Beliau menulis sejumlah buku tentang Jihad berbahasa Arab seperti 'Bergabung Bersama Kafilah Mujahidin', 'Tanda-tanda Kekuasaan Allah dalam Jihad di Afghanistan' dan 'Kewajiban Mempertahankan Wilayah Umat Islam'.

Bahkan beliau juga turut langsung maju ke medan Jihad Afghanistan, meskipun usia Beliau telah lebih dari 40 tahun. Beliau menjelajahi Afghanistan, dari utara ke selatan, dari timur ke barat, meredah timbunan salji, mendaki pegunungan di bawah panas terik matahari dan dingin yang membekukan tulang, dengan menunggang keldai mahupun berjalan kaki. Banyak pemuda yang turut safar bersama beliau kelelahan, namun Sheikh Abdullah Azzam tidak. Beliau merubah pandangan Ummat Islam terhadap Jihad di Afghanistan dan menjadikan Jihad ini sebagai perjuangan yang Islami yang merupakan kewajiban seluruh Ummat Islam di dunia. Hasil dari usaha, Jihad Afghanistan menjadi universal dimana Ummat Islam dari seluruh dunia turut serta dalam perjuangan ini. Para Pejuang Muslim dari seluruh penjuru dunia secara sukarela berdatangan ke Afghanistan untuk memenuhi kewajiban Jihad dan membela Saudara-saudara Muslimin dan Muslimah mereka yang tertindas.

Kehidupan Sheikh Azzam berkisar hanya kepada satu tujuan, yakni menegakkan Hukum Allah di muka bumi ini, yang merupakan tanggung jawab yang pasti bagi setiap dan segenap Ummat Muslim. Dalam rangka melaksanakan tugas suci dalam hidup ini iaitu menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah (negara yang berdasarkan pada hukum Islam), Sheikh Azzam menumpukan usaha kepada Jihad (perjuangan bersenjata untuk menegakkan Islam). Beliau berkeyakinan bahwa Jihad wajib dilaksanakan sampai Khilafah Islamiyyah ditegakkan sehingga cahaya Islam menerangi seluruh dunia.

Beliau juga menjaga dan memelihara keluarganya dengan semangat perjuangan yang sama, sehingga istrinya, sebagai contoh, aktif mengurus anak-anak yatim piatu dan aktif dalam berbagai tugas kemanusiaan di Afghanistan. Beliau menolak jawatan di beberapa universiti dengan menyatakan bahwa dirinya tidak akan pernah meninggalkan Jihad kecuali jika gugur di medan perang atau terbunuh. Beliau selalu menekankan kembali bahwa tujuannya yang terakhir adalah membebaskan Tanah Suci Palestin. Dalam hal ini Beliau menyatakan: “Saya tidak akan meninggalkan Tanah Jihad kecuali karena tiga hal. Pertama, saya terbunuh di Afghanistan. Kedua, saya terbunuh di Pakistan. Ketiga, saya ditawan dan diusir dari Pakistan”

Jihad di Afghanistan telah membuat Abdullah Azzam menjadi penyangga utama dalam gerakan Jihad di zaman moden sekarang. Dengan turut langsung dalam Jihad ini dan dengan mempromosikannya serta menguruskan penghalang-penghalang yang menghambat gerakan Jihad, Beliau memiliki peranan yang sangat berarti dalam meluruskan pendapat Ummat Islam tentang Jihad tentang kewajiban menegakkan Jihad. Beliau menjadi panutan bagi generasi muda yang menyambut panggilan Jihad.

Beliau amat mementingkan Jihad. Pernah sekali beliau berkata: “Saya merasa seolah-olah baru berumur 9 tahun. Tujuh setengah tahun dalam Jihad di Afghanistan dan satu setengah tahun dalam Jihad di Palestin. Sisa tahun lainnya tidak berarti sama sekali”.

Dari atas mimbar Sheikh Azzam berulangkali menekankan keyakinannya: “Jihad tidak boleh ditinggalkan sampai hanya Allah SWT saja yang disembah. Jihad akan terus berlangsung sampai Kalimat Allah ditinggikan. Jihad adalah wajib sehingga semua kaum muslimin yang tertindas dibebaskan. Jihad adalah wajib untuk melindungi kehormatan kita dan merebut kembali Tanah kita yang dirampas. Jihad adalah Jalan untuk mencapai kejayaan abadi.

Sejarah dan semua yang mengenali beliau mengakui keberanian beliau dalam berbicara tentang kebenaran, tanpa menghiraukan risiko yang ada. Setiap saat Sheikh Abdullah Azzam mengingatkan seluruh Kaum Muslimin bahwa: “Ummat Islam tidak dapat dikalahkan oleh ummat lainnya. Kita Ummat Islam tidak akan dikalahkan oleh musuh-musuh kita, namun kita bisa dikalahkan oleh diri kita sendiri”.

Sheikh Abdullah Azzam adalah contoh keperibadian Muslim yang baik, dengan amal solehnya, dengan ketaqwaannya kepada Allah SWT dan dengan kesederhanaannya dalam segala hal. Beliau tidak pernah mencemari hubungan baiknya dengan orang lain. Sheikh Abdullah Azzam selalu mendengarkan pendapat para pemuda, Beliau amat disegani dan tidak terbersit sedikitpun rasa takut di dalam hatinya. Beliau selalu berpuasa selang selang hari seperti yang dilakukan Nabi Daud as. Beliau juga selalu menghimbau yang lainnya untuk berpuasa hari Isnin dan Kamis.

Sheikh Abdullah Azzam adalah orang yang selalu berterus terang, tulus dan mulia. Beliau tidak pernah mencaci orang lain atau berbicara yang tidak baik mengenai orang lain. Satu saat sekelompok Muslim yang tidak berpuas hati di Peshawar menuduh Sheikh Abdullah Azzam sebagai kafir dan menuduhnya meminta wang dari Kaum Muslimin untuk disia-siakan. Ketika Sheikh Azzam mendengar hal ini, Beliau tidak mencari dan mendebat mereka, malah mengirimkan kepada mereka pelbagai hadiah. Namun kelompok tersebut tetap saja mencaci maki, mengumpat dan memfitnah beliau, dan beliau terus sahaja mengirimkan mereka hadiah lainnya. Bertahun-tahun kemudian, ketika mereka akhirnya menyadari kesalahannya, mereka berkomentar :

“Demi Allah, kami belum pernah menemui seseorang seperti Sheikh Abdullah Azzam. Beliau tetap saja memberi kami wang walaupun kami selalu mengutuk dan mencaci Beliau”

Selama Jihad Afghanistan berlangsung, Beliau telah berhasil menyatukan berbagai kelompok Mujahidin dalam Jihad ini. Dan tentu saja kebanggaan Beliau terhadap Islam menimbulkan rasa benci di kalangan musuh agama, sehingga musuh membuat rencana untuk menghabisi nyawa beliau. Pada November 1989, sejumlah bahan peledak diletakkan di bawah mimbar dimana Beliau selalu menyampaikan khutbah setiap hari Jumaat. Demikian besar jumlah peledak tersebut sehingga seandainya meledak akan menghancurkan seluruh Masjid termasuk apa sahaja dan siapa sahaja yang ada di dalamnya. Ratusan Muslimin dapat terbunuh. Namun Allah memberikan perlindungan-Nya dan bom tersebut tidak meledak.

Musuh-musuhpun semakin berhasrat melaksanakan rencana gilanya. Mereka mencubanya sekali lagi di Peshawar, tidak lama berselang setelah kejadian tersebut. Ketika itulah Allah SWT berkehendak agar Sheikh Abdullah Azzam meninggalkan dunia ini menuju haribaan-Nya. Dan Sheikh syahid dengan cara yang gemilang pada hari Jumat 24 November 1989 pukul 12.30 tengahari.

Musuh-musuh Allah meletakkan tiga bom di jalan yang sempit di mana hanya boleh dilewati satu kereta saja. Jalan tersebut adalah jalan yang biasa dilalui oleh Sheikh Abdullah Azzam untuk menunaikan shalat Jumat. Pada hari Jumat itu, Sheikh Abdullah Azzam bersama dengan dua anaknya, Ibrahim dan Muhammad, serta salah seorang anak Syuhada Sheikh Tamim Adnani (salah seorang Pahlawan Jihad Afghanistan lainnya), melalui jalan tersebut. Mobil pun berhenti di mana bom yang pertama berada, dan Sheikh Azzam turun untuk meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Musuh-musuh yang sudah menanti segera memicu bom yang telah mereka persiapkan tersebut. Bunyi ledakan dahsyat terdengar kuat ke seluruh penjuru kota.

Orang-orang berhamburan keluar dari Masjid, dan menyaksikan pemandangan yang mengerikan. Hanya sedikit saja yang tersisa dari kendaraan yang hancur lebur. Tubuh anaknya yang kecil, Ibrahim, terlempar ke udara sejauh 100 meter, demikian pula dengan kedua anak lainnya, beterbangan pada jarak yang hampir sama. Potongan-potongan tubuh mereka tersebar di pohon-pohon dan kawat-kawat elektrik. Sementara tubuh Syahid Sheikh Abdullah Azzam tersandar di dinding, tetap utuh dan tidak cacat sama sekali, kecuali sedikit darah terlihat mengalir dari mulut Beliau.

Ledakan itu telah mengakhiri perjalanan hidup Sheikh Abdullah Azzam di dunia, yang telah beliau lalui dengan baik melalui perjuangan dan pertempuran di Jalan Allah SWT. Hal ini semakin menjamin kehidupannya yang sebenarnya dan abadi di Taman Syurga dan menikmatinya bersama dengan teman-teman yang mulia:

“Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka-mereka ini akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: para Rasul, Shiddiqiin, Orang-orang yang mati Syahid dan Orang-orang Soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya”. [An-Nisaa:69]

Dengan cara seperti inilah Pahlawan Besar dan Penggerak Kebangkitan Islam meninggalkan medan Jihad dan dunia ini, dan tidak akan pernah kembali lagi. Beliau dimakamkan di Makam Para Syuhada Pabi di Peshawar Pakistan, dimana Beliau bergabung bersama-sama dengan ratusan Syuhada lainnya. Semoga Allah menerima Beliau sebagai Syuhada dan menganugerahikannya tempat tertinggi di Syurga. Tidak satupun Tanah Jihad di seluruh dunia dan tidak seorangpun Mujahid yang berjuang di Jalan Allah, yang tidak terinspirasi oleh hidup, ajaran dan karya Sheikh Abdullah Azzam.

Kita memohon kepada Allah untuk menerima amal ibadah beliau dan menempatkan beliau di Syurga Tertinggi. Kita memohon kepada Allah untuk membangkitkan daripada Ummat ini Ulama Mujahid yang sepertinya, yang menerapkan pengetahuannya di medan perjuangan, bukan hanya menyimpannya di dalam buku dan di dalam Masjid sahaja. Sheikh Abdullah Azzam pernah berkata :

“Sesungguhnya sejarah Islam tidaklah ditulis melainkan dengan darah para Syuhada, dengan kisah para Syuhada, dengan teladan Para Syuhada."

Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai” [QS At-Taubah:32-33].

Antara buku-buku yg ditulis oleh Dr Abdullah Azzam diantaranya ialah:

· Ayaturrahman fi jihadil Afghan
· Addifak ‘an aradhil muslimin min ahammi furdhul ‘iyan (mempertahankan Bumi Umat Islam - Fardhu Ain yg terpenting)
· Akidah dan Kesannya dlm Membentuk Masyarakat
· Adab/Tatatertib dan Hukum-hukum dalam Jihad
· Islam dan masa Depan Kemanusian
· Menara Api yg Hilang
· Hukum berjuang/beramal dlm berjamaah

Sejak Abdullah Azzam syahid, Maktab Khidmat al Mujahidin (terletak di Peshawar) mengumpulkan berbagai petikan khutbah dan ceramahnya kemudian dibukukan sehingga mencapai 50 judul, diantaranya;

· siri Tarbiyah Jihadiyah Wal Bina’ yg mencapai 26 jilid,
· Hijrah dan I’dad 3 juz/jilid.
· Fi Zhilali Suratti Taubah 2 Juz.
· Fiqh dan Ijtihad dlm Jihad 3 jilid
· Perkataan-perkataan dari Garisan Api pertama 3 jilid
· Dibawah Gelora peperangan 4 jilid
· Pengajaran dari Sirah Rasulullah SAW
· Keruntuhan Khilafah dan Pembinaannya kembali

Judul-judul di atas adalah merupakan buku-buku yg penting saja sedangkan di sana terdapat berpuluh-puluh lagi buku-buku karangan As-syahid dan buku2 yg ditulis mengenainya.

Rujukan:
- http://www.azzam.com
- http://www.hudzaifah.org

Salam Taaruf


Assalamualaikum,

Ana hanyalah sebilah pedang. Ana hanya diperintah oleh Rabb yang Maha Perkasa untuk menghancurkan kekufuran dan menegakkan kebenaran. Namun, pedang kala tumpul. Pedang juga Kadangkala boleh hilang serinya lantaran karat yang menguning. Justeru, pedang bukannya tak boleh di tegur. Pedang perlu ditarbiyah. Pedang perlu muhasabah dan bermujahadah agar...tugas hakikinya akan tetap terlangsung tak pernah pudar. Salam taaruf untuk semua.